Games

MESYUARAT KLCA : MAJLIS APRESIASI 2016

Persatuan Perkhidmatan Kaunseling Pelajaran Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan panggilan KLCA telah beberapa kali mengadakan mesyuarat bertujuan untuk mengadakan Majlis Apresiasi 2016. 
Majlis Apresiasi Tahun 2016 ini merupakan satu agenda KLCA yang diadakan bagi menghargai segala usaha dan tenaga serta khidmat para Guru Bimbingan dan Kaunseling dan ahli-ahli KLCA yang telah bersara mahupun yang masih berkhidmat dalam tugas masing-masing. Sumbangan yang ditaburkan oleh para bekas Guru Kaunseling terutamanya perlu diberi penghargaan yang sewajarnya kerana mereka telah meningkatkan imej kaunseling di mata masyarakat sejajar dengan aspirasi Negara. Sehubungan dengan itu, Majlis Apresiasi dengan bertemakan “Semakin hari semakin sayang:” ini diadakan bukan sahaja untuk menghargai khidmat dan sumbangan mereka tetapi juga untuk menjalinkan hubungan silahturahim yang terputus berikutan kesibukan bekerja dan sebagainya. Di samping itu, penganugerahan kepada mereka yang telah berjaya menaikkan nama JPWPKL dalam bidang inovasi akan turut diberi penghargaan pada majlis tersebut.

Matlamat dan objektif majlis ini adalah  diharapkan jalinan kasih antara bekas-bekas Guru Kaunseling dan Guru-Guru Kaunseling yang masih berkhidmat selepas lama berpisah, di samping menghargai sumbangan dan khidmat mereka dalam bidang kaunseling dan penyampaian anugerah-anugerah. Menghargai bekas-bekas Guru Kaunseling yang telah bersara dan telah memberi khidmat dan sumbangan dalam bidang kaunseling.Mengumpulkan semua ahli-ahli KLCA untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Menyampaikan anugerah inovasi kepada pemenang pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan anugerah kepada pengasas KLCA.
cikguCMP@. Powered by Blogger.