Games

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sempena hari raya yang meriah ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.
Kepada semua ahli KLCA, sambut dan raikan hari yang meriah ini dengan mengunjungi sanak saudara serta rakan-rakan.


Pada Hari Raya inilah kesempatan kita untuk mendekatkan yang jauh serta merapatkan silaturrahim. memohon maaf dan memaafkan kesalahan-kesalahan yang lalu, berkenalan dengan dengan rakan-rakan yang baru.


Jadikanlah Hari Raya tahun ini penuh beerti kepada kenalan dan saudara, tinggalkan kepada mereka kenangan yang indah-indah sehingga mereka tidak sabar  untuk menunggu Hari Raya tahun hadapan.


Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhemah dan mematuhi panduan yang telah ditetapkan untuk keselamatan bersama. sentiasalah bertemankan kesabaran mengahadapi kerenah pemandu lain.


Sebagai seorang dewasa, berpesanlah kepada kanak-kanak supaya sentiasa menjauhkan diri dari melakukan perkara yang boleh menjejaskan keselamatan.Sebagai seorang manusia biasa sememangnya tidak pernah lekang dengan melakukan kesalahan samada yang kecil dan besar serta gurauan-gurauan yang melukakan hati. justeru itu saya dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf atas kesalahan dan kelemahan kata-kata dan perbuatan yang telah melukakan hati. MAAF ZAHIR DAN BATIN


Hj Radzaki Salleh
Timbalan Presiden KLCA 


Salam Aidil Fitri kepada semua umat Islam khususnya warga KLCA. Semoga Aidil Fitri ini memberikan sinar kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita semua.  Di hari  kemenangan selepas sebulan berpuasa , tentunya kita merasa amat puas kerana selesai menunaikan salah satu rukun Islam. Di hari kebesaran ini , ia semestinya memberi peluang kepada kita untuk merapatkan sillatulrahim di antara keluarga dan teman –teman. Pastikan kita menggunakan peluang ini untuk meluahkan kasih sayang dan menyatakan ingatan kita kepada yang tersayang.

            Dalam kita bergembira , hendaklah juga kita sentiasa beringat akan tanggungjawab kita kepada keluarga. Apa yang saya ingin fokuskan ialah keselamatan keluarga dan harta benda kita. Perjalanan yang jauh dan sesak , semestinya akan meletihkan dan membuat emosi kita diduga. Ini ditambah pula dengan pelbagai karenah  pengguna – pengguna  jalan raya yang lain. Gunakan ilmu pengurusan stress , atau apa sahaja teknik-teknik yang berkaitan  yang saya pasti amat berguna di waktu - waktu emosi kita memuncak. Insya Allah ini boleh membantu perjalanan pergi dan balik kampung kita sekeluarga lebih selamat dan ceria.
           
Rumah yang ditinggalkan untuk meraikan hari kebesaran ini juga pastikan telah dikunci dengan selamat. Segala suis – suis elektrik dan dapur – dapur gas pastikan ditinggalkan dalam keadan yang selamat.

Akhir sekali saya bagi pihak Biro Informasi dan Penerangan KLCA ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya. Sekiranya terdapat keterlanjuran, kesilapan ataupun kekurangan , jutaan kemaafan dipohon.  Kepada warga KLCA , Insya Allah kita dapat berjumpa dan meraikan majlis Hari Raya di Institut Latihan DBKL sempena Kolokium Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling pada 6 hingga 7 September 2011. Sekian ,Terima kasih
Azhar Bin Hj Mohd Razali
Ketua Biro Informasi dan Penerangan KLCA
cikguCMP@. Powered by Blogger.